Monday, April 11, 2011

Delegasi ke Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Shah Alam (PSA).

25 MAC 2011 - Seramai 15 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu dan dua orang penasihat dua orang penasihat JPP telah mengadakan 'Delegasi ke Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Shah Alam (PSA)' pada 25 hingga 29 Mac 2011.

Zulbada Alior (NYDP)
Saudara Zulbada merupakan Pengarah Program pada delegasi pada kali ini. Zulbada merupakan Naib Yang Di Pertua JPP (Lihat gambar di sebelah).

Salah satu objektif Delegasi ke Polteknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Shah Alam (PSA) ialah  mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Politeknik Kota Kinabalu dengan Politeknik Port Dickson dan Politeknik Shah Alam.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara penting yang boleh diambil oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu daripada delegasi kali ini. Semasa berada di Politeknik Port Dickson, yang mengejutkan ialah pengasingan tempat duduk di antara mahasiswa dengan mahasiswi tanpa sebarang bantahan pun daripada pihak mahasiswa dan mahasiswi. Pemasangan tabir di dalam cafetaria Politeknik Port Dickson adalah pemisah tempat duduk mahasiswa dengan mahasiswi. Inilah sepatutnya yang diambil contoh oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu bagi mengelakkan gejala sosial berlaku di dalam Politeknik Kota Kinabalu. Sesuai dengan perintah Allah SWT yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya (zina) itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat."

Tambahan pula, semasa berada di Politeknik Shah Alam, majoriti ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajarnya faham tentang kesyumulan Islam. Mereka tidak memisahkan antara sistem pentadbiran dengan Islam sebagaimana idealisme sekularisme yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini. Hal ini sepatutnya menjadi contoh kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Mendalami dahulu ilmu Islam adalah perkara penting sebelum terpilih menjadi seorang pemimpin. Sebagaimana kata Saidina Umar Al-khattab :

"Dalamilah ilmu agama, sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin."

Mendalami ilmu agama sebagai seorang pemimpin adalah sangat penting. Hal ini kerana pemimpin adalah pemutus kepada sesuatu. Pemimpin adalah orang yang mengetuai Gerakan Amal Makruf Nahi Mungkar. Bagaimana seorang pemimpin boleh melakukan perkara sedemikian kalau tidak tahu tentang ilmu agama Islam?

Pada masa yang sama, JPP PoliKK sempat menjalankan beberapa aktiviti semasa melawati dua buah Politeknik. [Lihat gambar di bawah].

Mesyuarat bersama JPP PoliPD (Duduk di tengah Saudara Esmawi sebagai YDPJPP PoliPD).

Mesyuarat bersama JPP PoliPD.

Makan bersama PoliPD.

Penyampaian cenderahati.

Sesi bergambar bersama JPP PoliPD.

Mesyuarat bersama JPP PoliSA (Berdiri ialah Saudara Al Mutahhara sebagai YDPJPP PoliKK).

Berdiri ialah Saudara Amirul Syafiq sebagai YDPJPP PoliSA.

Penyampaian cenderahati kepada PoliSA.

Sesi bergambar bersama PoliSA.

Poster yang boleh dilekatkan di PoliKK.

Mudah-mudahan kali ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

'JPP Wadah Mentransformasi Mahasiswa'.

No comments:

Post a Comment