Tuesday, April 12, 2011

Ucapan Yang Di Pertua JPP, Saudara Al Mutahhara Bin Kamaruddin Padu.

Al Mutahhara Bin Kamaruddin
YDPJPP PKK

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala pujian hanya bagi Allah, yang Maha Bijaksana mencipta makhluk dan menetapkan hukum serta pelaksanaannya. Hanya Dia yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW yang diutuskan oleh Allah SWT. Selawat dan salam juga kepada para sahabatnya, kepada sesiapa yang mengikut perjalanannya, serta para pejuang agama Allah dalam bentuk apa jua pun termasuklah yang berjuang melalui demokrasi, akademik, peperangan, dan lain-lain.

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkannya kepada orang yang ahli (layak) dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu melaksanakan hukuman itu dengan adil, sesungguhnya Allah memberi ajaran kepada kamu dengan apa yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah An-nisa : 58).

Ayat di atas merupakan salah satu perintah Allah SWT supaya kita sebagai umat Islam mengambil penting tentang sistem pemerintahan organisasi dan Negara. Pemisahan antara Islam dengan sistem pemerintahan adalah satu kezaliman yang dimurkai oleh Allah SWT kerana melanggar perintah Allah SWT. Sebagaimana firmanNya :

“Dan tidak patut orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman apabila telah ditetapkan oleh Allah (Al-quran) dan RasulNya (hadith), mereka mengambil pilihan lain (mengambil hukum selain daripada Al-Quran dan Hadith),  dan janganlah menderhaka kepada Allah dan RasulNya (mengambil hukum selain daripada Al-quran dan Hadith), yang demikian itu adalah perkara yang sesat, sesat yang nyata.”

Hal ini saya tegaskan kerana perkara ini sangat berleluasa dalam kehidupan kita. Timbulnya idealisme-idealisme baru seperti sekularisme menghancurkan aqidah dan kehidupan umat Islam pada hari ini. Islam dianggap sebagaai tempelan sahaja bukan sebagai ad-din yang dimaksudkan oleh Islam sebagai petunjuk jalan kehidupan di dunia. 

Allah telah menjadikan kita sebagai manusia daripada setitis air mani yang hina. Jika air mani tersebut jatuh ke tanah, seekor ayam pun tidak mahu memakannya. Apatah lagi kita sendiri pun geli dengan air mani tersebut. Tetapi sebilangan manusia tidak kenal kepada diri sendiri dengan melupakan asal kejadian sehingga menyebabkan manusia berani melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam Al-quran dan melalui Hadith Rasulullah SAW.

Siapa pun kita, kita tetap hamba Allah SWT. Oleh itu, kita wajib mengikut perintah Allah SWT kerana Dialah Pencipta kita. Dialah doktor zahir dan batin. Dialah Jurutera kita yang menciptakan kita yang tidak ada tandingannya. Belum ada lagi jurutera yang boleh mencipta manusia yang boleh, tidur, bangun dan sebagainya. Tetapi malangnya kita lebih kagum kepada jurutera yang mencipta kenderaan, tetapi kita tidak kagum pada Allah yang menciptakan ‘Bura’ kenderaan Rasulullah SAW semasa berlakunya Isra’ dan Mikraj yang kelajuannya diukur melalui kelajuan cahaya dan sehingga hari ini belum ada lagi kenderaan yang sama kelajuan dengan bura tersebut.

Sebelum mengakhiri penulisan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat dan sahabiah yang membimbing saya ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT sepanjang saya berada di Politeknik Kota Kinabalu terutamanya kepada yang berada dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tidak lupa juga kepada para staf dan pensyarah yang memberikan kritikan yang membina kepada saya sepanjang saya memegana amanah Allah SWT sebagai Yang Di Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Terima kasih juga saya ucapkan kepada sahabat dan sahabiah yang berada dalam Kelab Islah kerana membantu saya dalam Pilihan Raya Kampus sehingga menubuhkan Himpunan Penyokong Al Mutahhara (HPA) yang merupakan Jentera Pilihan Raya Kampus pada tahun 2011 ini. Terima kasih kepada yang saya tidak sebut tetapi membantu saya melelui doa yang sangat berharga pada diri saya.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan kemaafan kepada seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu sekiranya saya ada terkasar bahasa ataupun kesalahan-kesalahan yang lain yang pernah saya lakukan sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar.

Akhir sekali, saya ingin berpesan kepada seluruh Umat Islam supaya masuk ke dalam Islam dengan menyeluruh sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-quran yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh (menolak sekularisme yang memisahkan Islam dengan pemerintahan, hiburan, akhlak, dan lain-lain). Dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi kamu.”

‘Islam Adil Untuk Semua’.

Wallahu’alam.

Hamba Allah yang dhoif :

Al Mutahhara


Al Mutahhara Bin Kamaruddin Padu,
Yang Di Pertua,
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
Politeknik Kota Kinabalu,
Sabah.

Monday, April 11, 2011

Delegasi ke Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Shah Alam (PSA).

25 MAC 2011 - Seramai 15 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Kota Kinabalu dan dua orang penasihat dua orang penasihat JPP telah mengadakan 'Delegasi ke Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Shah Alam (PSA)' pada 25 hingga 29 Mac 2011.

Zulbada Alior (NYDP)
Saudara Zulbada merupakan Pengarah Program pada delegasi pada kali ini. Zulbada merupakan Naib Yang Di Pertua JPP (Lihat gambar di sebelah).

Salah satu objektif Delegasi ke Polteknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Shah Alam (PSA) ialah  mengeratkan hubungan silaturrahim di antara Politeknik Kota Kinabalu dengan Politeknik Port Dickson dan Politeknik Shah Alam.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara penting yang boleh diambil oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu daripada delegasi kali ini. Semasa berada di Politeknik Port Dickson, yang mengejutkan ialah pengasingan tempat duduk di antara mahasiswa dengan mahasiswi tanpa sebarang bantahan pun daripada pihak mahasiswa dan mahasiswi. Pemasangan tabir di dalam cafetaria Politeknik Port Dickson adalah pemisah tempat duduk mahasiswa dengan mahasiswi. Inilah sepatutnya yang diambil contoh oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu bagi mengelakkan gejala sosial berlaku di dalam Politeknik Kota Kinabalu. Sesuai dengan perintah Allah SWT yang bermaksud :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya (zina) itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat."

Tambahan pula, semasa berada di Politeknik Shah Alam, majoriti ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajarnya faham tentang kesyumulan Islam. Mereka tidak memisahkan antara sistem pentadbiran dengan Islam sebagaimana idealisme sekularisme yang tersebar luas dalam kalangan masyarakat Islam pada hari ini. Hal ini sepatutnya menjadi contoh kepada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Kinabalu. Mendalami dahulu ilmu Islam adalah perkara penting sebelum terpilih menjadi seorang pemimpin. Sebagaimana kata Saidina Umar Al-khattab :

"Dalamilah ilmu agama, sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin."

Mendalami ilmu agama sebagai seorang pemimpin adalah sangat penting. Hal ini kerana pemimpin adalah pemutus kepada sesuatu. Pemimpin adalah orang yang mengetuai Gerakan Amal Makruf Nahi Mungkar. Bagaimana seorang pemimpin boleh melakukan perkara sedemikian kalau tidak tahu tentang ilmu agama Islam?

Pada masa yang sama, JPP PoliKK sempat menjalankan beberapa aktiviti semasa melawati dua buah Politeknik. [Lihat gambar di bawah].

Mesyuarat bersama JPP PoliPD (Duduk di tengah Saudara Esmawi sebagai YDPJPP PoliPD).

Mesyuarat bersama JPP PoliPD.

Makan bersama PoliPD.

Penyampaian cenderahati.

Sesi bergambar bersama JPP PoliPD.

Mesyuarat bersama JPP PoliSA (Berdiri ialah Saudara Al Mutahhara sebagai YDPJPP PoliKK).

Berdiri ialah Saudara Amirul Syafiq sebagai YDPJPP PoliSA.

Penyampaian cenderahati kepada PoliSA.

Sesi bergambar bersama PoliSA.

Poster yang boleh dilekatkan di PoliKK.

Mudah-mudahan kali ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

'JPP Wadah Mentransformasi Mahasiswa'.

Sunday, March 20, 2011

KEM PEMANTAPAN AQIDAH (JPP & KELAB ISLAH)

27 FEBUARI 2011 (AHAD) : Alhamdulillah, Kem Pemantapan Aqidah (KPA) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Kelab Islah (KI) telah berjaya yang dijalankan di Masjid Tuaran baru-baru ini.

Kem ini adalah julung-julung kali diadakan sepanjang JPP ditubuhkan. Cadangan program ini adalah daripada Yang Di Pertua JPP iaitu Saudara Al Mutahhara Kamaruddin.

"Kem Pemantapan Aqidah adalah merupakan satu langkah untuk memberikan kefahaman aqidah sebenar kepada mahasiswa. Kem ini seharusnya diteruskan untuk setiap semester dan saya berharap YDP selepas ini memastikan kem ini diteruskan," kata Saudara Al Mutahhara.

"Kalau boleh, tambahkan lagi bilangan peserta," kata Pengarah semasa menjamu makanan selepas merasmikan penutupan Kem Pemantapan Aqidah.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa kem tersebut :
































"Wahai orang-orang yang beriman jika kamu menolong agama Allah (mengadakan program-program dakwah @ kefahaman Islam), nescaya Allah akan membantu kamu sehingga memperkukuhkantapak pendirian kamu."  (Surah Muhammad : 7)

Allahuakbar!

JPP Mentransformasi Mahasiswa

Lawatan Mesra JPP Bersama Mahasiswa Luar Kamsis.

Sumber : Blog YDPJPP - Al Mutahhara Kamaruddin

3 MAC 2011 (KHAMIS) :  Alhamdulillah, lawatan mesra kali ini berjalan dengan baik. Cuma terdapat permasalahan dari segi pengangkutan untuk sampai ke tapak program.

Tempat yang dipilih pada kali ini ialah Taman Sepanggar. Taman ini cuma berada berhampiran dengan Politeknik Kota Kinabalu.
Ketibaan AJK di tapak program.

Bacaan Surah Yaasin oleh penduduk kampung dan mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu.

Saudara Masedeh Rosmin mempengerusikan majlis selepas Solat Fadhu Isyak.

Ucapan daripada YDPJPP (Al Mutahhara Kamaruddin).

Ucapan daripada Pengerusi Masjid Taman Sepanggar.

Ucapan daripada Pegawai HEP-Kebajikan & Disiplin (En. Jaya Parakkasi).

Makan.

Pembahagian cenderahati kepada mahasiswa luar kamsis.

JPP dan penasihat JPP yang terlibat dalam Program Beramah Mesra Mahasiswa Luar Kamsis.

Semoga program kali ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT dan mudah-mudahan Allah memberikan hidayahnya kepada kita semua. Amin.